Seminar Kepimpinan Pelajar Islam 2015
10 years ago
"Di bumi ini kami berjalan. Ada kalanya berlari kecil, dan terkadang melangkah seribu. Di sini sementara cuma..detik berharga mengukir laluan untuk ke sana.."
Melanjutkan pengajian ke universiti menjadi impian semua pelajar lepasan sekolah. Universiti yang disimbolkan sebagai 'menara gading' jelas melambangkan ketinggian ilmu yang disuburkan melalui budaya-budaya yang menjurus kepada peningkatannya. Maka, tidak hairanlah beribu-ribu pelajar lepasan sekolah berhasrat untuk mengecapi nikmat menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi yang menyediakan segala
kemudahan untuk melahirkan para intelek dan ilmuan masa hadapan.
seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada 41 orang ahli IKATAN lepasan SPM 2005 dan 3 orang exco IKATAN. Kesemua peserta Kembara IPT 2005 adalah peserta MENARA-PERIBADI 2005 dan KUFI 2005. Kembara IPT 2005 ini merupakan satu lagi program 'follow-up' yang teratur kepada peserta-peserta MENARA-PERIBADI 2005.
MARA (UiTM) Shah Alam, dan Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Selain itu, Kembara turut melawat Putrajaya sebagai lawatan tambahan. Peserta Kembara telah menginap di Kompleks Anjung Rahmat, Gombak.
disebabkan kebanyakan peserta Kembara menyimpan impian untuk menjadi pelajar UIAM selepas zaman persekolahan. Justeru, sesi taklimat di Pusat Matrikulasi UIAM PJ digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan maklumat terkini dan peluang-peluang pengajian di pusat tersebut.
Sdr. Hafizuddin yang merupakan salah seorang peserta menganggap program Kembara ini sangat relevan dan tepat pada masanya. Dia yang sebelum ini agak berbelah bahagi samada memilih untuk memohon ke Matrikulasi Kementerian atau pun Pusat Matrikulasi UIAM sudah boleh menarik nafas lega. Beliau bertekad untuk menjadi pelajar Matrikulasi Ekonomi dan Sains Pengurusan di Pusat Matrikulasi UIAM dan bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.
universiti. Ini adalah bagi meneruskan tradisi keluarganya yang rata-rata berpeluang belajar di universiti. Sdr. Aiezatt pula yang sudah menerima tawaran ke Matrikulasi Kementerian menyifatkan Kembara ini telah membuka mindanya dengan lebih luas kerana sebelum ini beliau agak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat mengenai IPT.
di IPT telah kami ketahui semasa menyertai program MENARA yang lalu. Kini, kehangatan semangat yang membara ini tidak boleh dibendung lagi".
LDK 4 pula memberi fokus pada cerita- cerita menarik tentang kejadian Alam dan Pencipta-Nya. Dalam LDK 5 pula adik-adik peserta bercerita tentang kaitan cerita-cerita menarik dengan Al-Qur’an.
(PKPIM) telah diundang ke Kuantan untuk membuat pengisian. Sesi kursus ini telah dikendalikan oleh Sdr. Dino dan Sdr. Fahmi daripada BLP PKPIM. Turut hadir ke KUFI 2005 ialah Sdr. Azwiralbukhairi Ab. Aziz yang merupakan Setiausaha Agung PKPIM. Beliau telah menyampaikan ceramah motivasi yang bertajuk "Generasi Muda dan Gerak Kerja Sukarelawan".
.Berhimpunnya anak-anak negeri...Membawa bersama harapan ibu bapa..Mencari secebis ilmu..Buat bekalan di dada..Dalam mencari keredhaanNya......"
Seramai 96 orang peserta telah menyertai MENARA-PERIBADI 2005 yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM 2004 yang lalu. Kebanyakan peserta adalah merupakan bekas pelajar SMA Al-Ihsan Kuantan, SMK Tok Sira Kuantan, SABS Temerloh, Sekolah Alam Shah, SMAP Kajang, dan beberapa sekolah lain. Kesemua peserta MENARA-PERIBADI 2005 mempunyai ppotensi besar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas persekolahan.
Kuantan ini turut dibantu oleh Biro PEMBINA dan Biro Latihan dan Pembangunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Seramai 13 orang fasilitator terlibat sebagai pemudah cara program yang diketuai oleh gandingan Dino-Fendi-Jep. Fasilitator-fasilitator yang terlibat juga telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memastikan keberkesanan program pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
juga turut diadakan bagi menyampaikan input-input berguna kepada peserta. Tidak dilupakan aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, tazkirah, wirid dan zikir, serta qiyamullail juga diterapkan dalam program kali ini. Aktiviti fizikal juga dilaksanakan seperti riadah bermodul pada sebelah petang yang telah berjaya menambat hari para peserta.
mengisi masa cuti panjang selepas SPM dengan aktiviti yang berfaedah. Selepas mengetahui tentang program ini saya tidak berfikir panjang untuk mendaftarkan diri. Malah, saya mengajak kawan-kawan yang lain untuk turut serta".
Pendedahan dan pengisian mengenai realiti kampus yang diterapkan dalam ceramah dan modul telah menghasilkan sejumlah mahasiswa baru yang bertul-betul bersedia untuk menghadapi cabaran di IPT.
IPT samada dalam dan luar negara. Diharapkan agar segala pengalaman yang diterima akan menjadi bekalan berguna di kampus kelak.