

IKATAN Pengkajian Islam Pahang melalui Biro Alumni Menara turut terlibat dalam menyemarakkan semangat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke universiti. Usaha gigih ahli-ahli IKATAN semasa peperiksaan SPM 2005 telah terbalas dengan keputusan yang cemerlang. Justeru, kesungguhan menuntut ilmu yang tergambar melalui keputusan peperiksaan mereka harus diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi; universiti.
Dengan inisiatif ahli-ahli IKATAN : Faizal Nizam, Aziz, Aiezatt dan Hafizuddin maka satu program telah dianjurkan dan dinamakan Kembara IPT 2005. Program ini telah disertai oleh

Kembara selama 2 hari 1 malam ini telah diadakan pada 26 dan 27 April 2005. Kembara telah melawat beberapa universiti utama negara seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Universiti Teknologi

Ketika Kembara melawat ke setiap universiti, para peserta telah menghadiri sesi taklimat dan penerangan mengenai universiti tersebut dari segi syarat kemasukan, program pengajian yang ditawarkan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, dan lain-lain lagi. Para peserta juga turut dibawa melawat ke sekitar kampus terutama perpustakaan dan fakulti-fakulti tertentu. Para peserta yang jelas berpuas hati dengan maklumat yang diterima sangat bersemangat untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
Lawatan ke Pusat Matrikulasi UIAM PJ merupakan destinasi yang paling ditunggu-tunggu. Ini

Pada sebelah malamnya telah diadakan Majlis Pelancaran Alumni MENARA IKATAN. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Sdr. Mohamad Raimi Ab. Rahim yang merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Dalam ucapannya, Sdr. Raimi telah memberikan ransangan dan motivasi yang kuat kepada peserta Kembara supaya sentiasa menjunjung ketinggian ilmu dan berusaha mendalami seberapa banyak ilmu yang ada di dunia ini. Ini disebabkan hanya ilmu lah yang boleh membezakan seseorang individu dengan individu yang lain dan dalam masa yang sama ilmu lah akan akan menjadi penyuluh dan panduan hidup.

Seorang lagi peserta, Sdr. Tajul Ariff Musa memang sangat berharap untuk memasuki ke

Faizal Nizam pula menyatakan yang beliau dan kawan-kawan sudah bersedia dan tidak sabar-sabar lagi untuk menjejakkan kaki ke Menara Gading. "Kami sangat bersedia kerana segala maklumat dan realiti sebenar cabaran

IKATAN mendoakan semua ahli-ahli yang akan melanjutkan pengajian ke universiti agar mereka akan menggunakan kesempatan yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang mahasiswa yang mementingkan aspek keilmuan dan menjunjung tradisi keintelektualan. Ilmu itu kelak yang akan merubah nasib anda dan masyarakat keseluruhannya.